CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 25, 2010

bunga ku bakawali

ni bukan post jiwang ye hee. ni post yg berinformasi sbb sy nk cite sal bunga bakawali yg sgt la unik. n saya sgt la berminat nk tahu misteri bunga bakawali ni yg hanya kembang dan wangi di malam hari. its on midnight! n bile matahri kuar, dia akan kuncup n layu. menarik kn? bunga ni byk dikaitkan dengan bunga pontianak. yela sebab ianya hanya kembang di malam hari n biasa nye bunga ni akan kembang sepenuhnya tepat jam 12 malam. dan pada masa tu bau harum nya akan semerbak pada jam 12 tu.

so kt sini saya ade curik pict dr satu blog ni yg tunujk kn proses pengembangan bunga bakawali. n ianya sgt la menarik. u could craving for more!

jam 10.13 malam
batang semata mata tanpa bunga. kalau nmpk mcm ni malam mmg da kne get ready da nk tgk pengembangan tuh.

jam 11.03 malam
da menampakkan permulaan proses.

jam 11.12 malam
perlahan.


jam 11.21 malam
da menampakkan kuntuman.

jam 11.27 malam
pengembangan.

jam 11.32 malam
semakin kembang.

jam 11.58 malam
bunga bakawali yg kembang tp xdpt dipastikan sepenuhnya atau x.

jam 6.56 pagi
bunga bakawali di subuh hari.

menarikkan. bunga ni hanya kembang satu malam je. sangat kecewa xdpt tgk evolusi pengembangan ni sbb cetek ilmu. owh ye. fyi abah pon ade tanam pokok bunga ni. abah dapat dr ustaz syed omar. kebetulan masa tu abah tlg hantar die ke kuala berang and then jumpe plk bunga ni dlm perjalanan. teros bawak balik n tanam. on the day bunga ni menampakkn ciri ciri nk kembang abah da panggil anak2 suh tgk tp disebabkn hujan on that night, extend dlu nk tgk tu. ktorg igtkn nk tgu hujan serik. malangnya hujan sampai tgh malam. esk pagi nye bangun dgn excited nk tgk bunga ni alih2 da layu. kuciwa!

abah ade cite. dulu dulu nenek pon ade gk tanam pokok ni. on the night bunga ni nk kembang, arwah nenek amek pokok ni bawak masuk dlm umah n tunjukkn kt anak2 dia evolusi pengembangan bunga ni. menarikkan childhood life abah. byk abah cite pasal childhood life die. menarik! sama mcam bunga ni hehe.

owh ye. back to topic. disebabkn misteri yg ada pd bunga ni, byk la cite tahyul yg ade. so sini ade sikit info yg fakta and tak kurang juga yg auta yg saya search n curik dan blog mne ntah. =D

Pokok bunga bakawali ini dikenali dengan nama saintifik nya Epiphyllum oxypetalum. Nama lain bagi bunga ini ialah ric rac cactus, moon cactus, queen of the night dan Night blooming Cereus. Ada juga yang menggelarnya Bunga Sundal Malam tetapi ramai yang mengatakan ada perbezaan antara bakawali dan Bunga Sundal Malam. Apa yang pasti, keunikan bunga bakawali inilah yang masih menjadi misteri dan terpahat dalam sastera Melayu klasik.

Hikayat Gul Bakawali merupakan cerita saduran sastera Urdu. Salinan Hikayat Gul Bakawali ditemui di Singapura tetapi terdapat versi berbeza dengan salinan Hikayat Gul Bakawali yang ditemui di Banjarmasin. Gul Bakawali bermaksud bunga bakawali. Dalam Hikayat itu, Raja Tajul Muluk jatuh cinta pada Puteri Gul Bakawali, seorang puteri kayangan yang penuh mistik. Raja Tajul Muluk pula adalah seorang manusia yang hebat kerana mempunyai pelbagai kuasa sakti. Penghujung cerita itu, kedua-duanya berjaya bersatu setelah menemui pelbagai halangan dalam percintaan.

Menanam pokok bunga bakawali tidaklah susah. Ambil sahaja batang pokok itu dan tanam di tanah. Pokok itu akan tumbuh sendiri. Namun tidak semua pokok bunga bakawali boleh berbunga. Dipercayai, hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh menanam pokok bunga bakawali sehingga berbunga. Namun ada pula petua yang mengatakan bahawa cara mudah supaya pokok itu berbunga ialah menabur kulit telur pada tanah pokok bunga bakawali itu.

Bunga bakawali dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata. Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. Ada juga yang memasak bunga bakawali untuk dijadikan minyak. Minyak bakawali itu kemudian digunakan sebagai ubat sakit mata.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina, pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya, pokok ini ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah.

Mengikut kepercayaan orang Melayu pula, ada puteri Bunian berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak berkembang dan menjaganya sehingga bunga itu layu. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa proses pengembangannya. Kepercayaan ini berkait rapat dengan Hikayat Gul Bakawali yang menjadi sastera rakyat.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya. Mereka percaya, pokok bunga bakawali akan mati sekiranya orang yang menanamnya meninggal dunia.

Pelbagai cerita tentang bunga bakawali tetap menjadi misteri. Namun setiap ciptaan Tuhan di dunia ini mempunyai sebab dan tujuan. Hakikatnya, pokok bunga bakawali merupakan herba berkhasiat yang perlu dikaji untuk dijadikan penawar penyakit manusia.

sangat menarikkn. balik nnt nk suh abah cite byk2 sal pokok ni. abah mesti excited klu tny sal pokok ni. sbb bukan senang anak2 dia nk becerita ngn abah. maklum laa abah tu la ayh yg paling tegas dlm dunia. tp bg saya abah laa ayh yg paling penyayang dalam dunia =)  sayang abah sgt!

note: saya nk awk kenal abah saya dgn lebih dalam. n u will know how kind hearted he is =)

0 comments: